Connect with us

Terkini

Dr M: Dasar k’jaan untuk jadikan Malaysia bermaruah

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Wawasan Kemakmuran Bersama dan dasar-dasar yang dibentuk kerajaan adalah untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, bermaruah dan merdeka.

Dalam perutusan Hari Kebangsaan 2019 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-62, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang menumpukan usaha kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama dengan matlamat menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha memajukan negara.

Loading…

“Ia sedang digerakkan dengan objektif menjadikan Malaysia lebih cemerlang dan menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia,” katanya, di mana pada masa yang sama, usaha juga dipergiat untuk meningkat kuasa beli rakyat dan menghapus jurang pendapatan dan kekayaan antara kelas, kaum dan wilayah.

Katanya, wawasan itu adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang 2030.Iklan

Advertisement

Dr Mahathir turut menekankan bahawa pengenalan wawasan dan dasar-dasar tidak akan tercapai kecuali sistem pentadbiran bersama mendokong dan menyokong usaha-usaha itu.

Beliau berkata, salah satu bencana paling besar kepada negara ialah gejala rasuah dan ia turut membabitkan perkhidmatan awam.

“Untuk memastikan dasar-dasar kerajaan tidak disabotaj oleh mereka yang menyalah guna kuasa dan menerima rasuah, maka kerajaan telah meletakkan usaha membanteras rasuah sebagai salah satu objektif utama,” katanya.

Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, Dr Mahathir berkata harapan adalah untuk membersih negara daripada amalan rasuah yang mampu menggagalkan usaha untuk memberi kemakmuran bersama kepada semua rakyat. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel