Connect with us

Terkini

Dr M pandu Proton Saga baru keliling kota

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini memandu kereta Proton Saga baru mengelilingi kota raya.

Dalam video yang dimuatnaik di laman Facebooknya, Dr Mahathir dilihat mengamati reka bentuk luaran model terbaru proton itu sambil diberikan penerangan mengenai kereta berkenaan oleh Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail Haroon.

Loading…

Turut kelihatan dalam video berdurasi 41 saat itu ialah Pengerusi Proton Syed Faisal Albar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Radzaif Mohamed.

Dr Mahathir kemudiannya memandu sendiri kereta berwarna merah itu di sekitar ibu negara dengan diiringi tiga lagi orang dalam kereta itu.Iklan

Advertisement

Proton melancarkan versi terkini Saga itu pada 6 Ogos lepas dalam tiga varian pada harga bermula RM32,800 seunit (Standard MT), RM35,800 (Standard AT) dan RM39,800 (Premium AT).

Versi terbaru model ikonik dan terlaris Proton itu disuntik dengan ciri-ciri seperti gaya baru, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama dalam kelasnya yang tidak hanya membezakan Saga dengan pesaing tetapi turut meningkatkan nilainya.

Di bahagian luar, Saga 2019 dilengkapi bampar hadapan baru lebih agresif dengan lampu nyalaan siang, bahagian gril dengan corak ‘infinitive weave‘ yang diperkenalkan sebelum ini dalam model Proton X70, Iriz dan Persona 2019.

Model pertama Proton iaitu Proton Saga dilancarkan secara komersil pada 9 Julai 1985.

Nama Saga diilhamkan oleh Allahyarham Ismail Jaafar, seorang anggota tentera, ketika peraduan untuk menamakan kereta Proton yang pertama. Nama itu diambil daripada Saga (Adenanthera pavonina), sejenis biji benih yang biasa ditemui di Malaysia. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel