Connect with us

Mahkamah

Kes 1MDB: Pendakwaan dakwa Najib cuba lindungi perlakuan jenayah

Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low mengambil langkah untuk menutup jejaknya selepas skandal 1MDB terbongkar pada awal Julai 2015.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kenyataan pembukaan perbicaraan kes 1MDB Najib berkata, dokumen palsu dihasilkan kononnya sumbangan daripada Putera Arab Saudi.

Loading…

“Antaranya adalah surat-surat dan empat cek, setiap satu berjumlah AS$25 juta yang ditulis oleh seseorang yang dikatakan penderma Arab. Tetapi cek-cek berkenaan bukan bermaksud untuk ditunaikan dan tidak pernah ditunaikan.

“Pihak pendakwaan juga akan mengemukakan bukti yang menunjukkan tertuduh mengambi langkah aktif untuk mengelakkan keadilan. Beliau juga mengganggu perjalanan penyiasatan kes ini yang dikenali sebagai Skandal 1MDB.

Advertisement

“Beliau juga mengambil langkah aktif untuk menutup perlakuan jenayahnya. Pihak pendakwaan akan mengemukakan semua bukti ini untuk menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai mens rea (niat untuk jenayah),” katanya ketika membentangkan kenyataan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah pada hari pertama perbicaraan kes 1MDB Najib. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel