Connect with us

Terkini

Polis ambil keterangan Zakir Naik 10 jam di Bukit Aman

Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selama 10 jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sehingga lewat malam tadi.

Pendakwah kontroversi berusia 54 tahun itu dilihat meninggalkan Bukit Aman dengan menaiki kereta jenis Toyota Innova pada jam 1.30 pagi.

Loading…

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, ketika dihubungi berkata Zakir tiba di Bukit Aman pada jam 3.15 petang dengan diiringi oleh peguamnya, Datuk Akhberdin Abd Kadir.

Beliau berkata Zakir sedang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghina dan menggugat ketenteraman awam.

Advertisement

Polis merakamkan kenyataan penceramah bebas dari India itu, yang mendapat status pemastautin tetap di Malaysia, buat kali pertama selama lima jam Jumaat lepas.

Zakir dikatakan membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat Hindu dan Cina di Malaysia semasa ceramah di Kota Bharu pada 3 Ogos lalu dan ini mencetuskan desakan supaya dia dihantar pulang ke India.

Zakir dikehendaki oleh pihak berkuasa India sejak 2016 kerana didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian.

Khamis lepas polis menerima 115 laporan terhadap Zakir mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel