Connect with us

Terkini

Polis Johor terima 244 laporan libatkan Zakir Naik

Polis Johor telah menerima sebanyak 244 laporan polis yang melibatkan pendakwah Dr Zakir Naik di Johor, setakat ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya tidak akan membenarkan pendakwah itu untuk mengadakan program di negeri ini kerana tidak mahu beliau mencetuskan kontroversi sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Loading…

Bagaimanapun, keputusan penuh untuk membenarkan program yang melibatkan Zakir tertakluk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Di peringkat polis, kita akan memberi nasihat yang sewajarnya dari sudut keselamatan kepada pihak JAINJ.Iklan

Advertisement

“Oleh itu, kita akan pastikan apa jua agenda yang menjurus ke arah menjaga keharmonian masyarakat diteruskan. Kita tidak mahu ada unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama,” kata beliau ketika ditanya mengenai sama ada polis Johor akan mengikuti jejak polis Melaka yang tidak membenarkan Zakir berceramah di negeri ini.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Johor daripada beliau kepada Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu Datuk Shafie Ismail.

Selain itu, Mohd Kamarudinberkata setakat ini, tiada pihak yang membuat permohonan untuk mengadakan ceramah melibatkan pendakwah itu di negeri ini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel