Connect with us

Mahkamah

Saya jumpa Najib 20 kali suarakan kebimbangan, kata Husni

Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bahawa beliau telah bertemu Najib Razak secara peribadi lebih 20 kali bagi menyuarakan kebimbangan mengenai pentadbiran negara termasuk pinjaman RM4 bilion SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Ahmad Husni, 67, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-50 perbicaraan kes Najib, melibatkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Loading…

Saksi pendakwaan ke-56 itu berkata nasihat yang diberikan adalah berhubung perkara membabitkan pentadbiran negara, termasuk pinjaman oleh SRC.

Beliau berkata sekiranya terdapat perkara yang salah dan ia berkaitan dengan perdana menteri (ketika itu Najib), beliau akan terus berjumpa serta berbincang.Iklan

Advertisement

“Sekiranya ada kesilapan, ia harus diperbetulkan,” katanya sambil menambah mesyuarat Kabinet yang dihadiri beliau, jarang membincangkan perkara berkaitan meluluskan cadangan bagi mengeluarkan jaminan kerajaan kepada pinjaman oleh SRC.

“Ketika saya menjawat jawatan menteri kewangan II, perbincangan dalam kabinet jarang diadakan. Kebanyakannya hanya bersetuju dengan perkara yang dibentangkan. Hanya bentang dan setuju. Itu realiti di Kabinet kecuali perkara berkaitan 1MDB berikutan terdapat percanggahan,” katanya.

Ahmad Husni juga berkata beliau tidak membantah permohonan kedua SRC International, untuk mendapatkan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM2 bilion daripada KWAP pada 2012.

“Sebab, saya tahu saya tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi saya ambil berat mengenai RM2 billion yang diberi oleh KWAP pergi mana… kerana ia membabitkan dana pencen,” katanya.

Katanya, beliau juga memeriksa sama ada pinjaman itu digunakan oleh syarikat terbabit serta menyemak sama ada pelaburan luar negara benar-benar wujud.

Advertisement

Ahmad Husni berkata beliau berada di luar negara ketika pinjaman kedua itu dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat jemaah menteri.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel