Connect with us

Pilihan Editor

‘Tali hayat PH hanya pada Tun M’

Seorang penulis tentang hal politik di Malaysia yang telah menulis lebih 50 judul buku politik sejak 40 tahun dulu berkata jemaah menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini lemah kerana tidak pernah berpengalaman sebagai menteri dan juga terpukau dengan kuasa yang mereka miliki.

“Tun M pernah berkata jemaah menterinya lemah sebab kebanyakannya tidak pernah jadi menteri, ada pembantu siang malam, ada orang buka pintu motokar, cuma tidak ada orang suap makanan ke mulut saja.

Loading…

“Seperti rusa masuk kampung mereka terpukau dengan kuasa, menjadi merak dan megah bila mendapat perhatian dan penghormatan sebagai YB berstatus menteri.” katanya yang dikenali dengan nama Yahaya Ismail di Facebooknya.

Yahya juga mengingatkan supaya menteri-menteri PH tidak lupa kepada pencipta dan juga kepada rakyat yang memberi memberi undi sehingga PH berjaya mencipta sejarah menumbangkan BN yang telah berkuasa lebih 60 tahun.

Advertisement

“Mereka jangan lupa Allah dan rakyat yang merestui PH berkuasa. Kalau mereka berasa megah dengan kereta terbang, kasut hitam, menjaja koyok kepada rakyat alamat PH akan hilang harapan selepas PRU 15.

“Rakyat sudah nampak pekung, kudis buta dan politik onani (syok sendiri) sebahagian besar menteri dan timbalan menteri. Rupa-rupanya politik onani pun berjangkit pada para pegawai pilihan berbagai menteri dan timbalan menteri, termasuk yang menjadi kadam di pejabat Perdana Menteri.” katanya lagi.

Yahaya Ismail

Tun Mahathir bukan Superman

“Tun M pun sedar dalam usia 94 tahun beliau bukan Superman seperti dulu waktu memimpin UMNO/BN. Kali ini keempat parti tidur satu kelambu dan satu bantal tapi mimpi lain-lain. Ada mimpi tok pek kong, ada mimpi jantan gay, ada angan-angan melangit hendak jadi TPM tapi tuah tiada.

“Tun M mengejar waktu hendak menunaikan amanah Allah dan janji-janji kepada rakyat. Malangnya kebanyakan menterinya menggilap bulan dan bintang mengejar waktu memperkasakan kuasa mereka yang dipinjamkan Allah untuk penggal ini.” kata Yahaya.

Syok sendiri

Advertisement

“Maaf cakap jemaah menteri sekarang dengan kabilah para pegawai yang syok sendiri, merak mabuk tapai, sukar bagi PH melanjutkan kuasanya selepas PRU 15.

“Tun M perlu bertindak super bijaksana, cepat bertindak mencari jalan terbaik mengatasi kelemahan para jemaah menterinya. Tali hayat politik PH bukan berpaut pada jemaah menterinya atau PH tetapi hanya pada Tun M. Tanpa Tun M bye-bye kerajaan PH.” katanya lagi mengakhiri tulisan dilaman sosialnya. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel