Haa, korang dah pergi tengok filem M for Malaysia belum dekat pawagam? Dengar cerita ramai yang tersentuh dan mengalirkan air mata masa menonton filem terbabit. Perasaan tersentuh ini turut dikongsikan Datuk Fazley Yaakob yang berasa amat terharu menonton filem arahan Dian Lee dan Ineza Roussille itu.
Loading…
Untuk pengetahuan korang, M for Malaysia ini mengetsahkan sebuah dokumentari yang menceritakan mengenai titik tolak yang mengubah negara kita dan ia menampilkan dokumentasi mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang menyaksikan rakyat Malaysia memilih untuk tidak lagi bersama kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun dan kini ia sedang ditayangkan di beberapa pawagam terpilih.