Connect with us

Mahkamah

Gagal ketepi hakim, kes Ku Nan mula bicara

Perbicaraan kes rasuah RM1 juta melibatkan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor akan bermula hari ini.

Ini susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan untuk mengetepikan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali daripada mengadili kes itu, lapor Malaysiakini.

Loading…

Hakim mengarahkan supaya perbicaraan dimulakan.

Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula semalam.

Advertisement

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN semalam memfailkan permhononan untuk mengetepikan hakim atas alasan bimbang tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.

Ini susulan Mohd Nazlan telah menjatuhkan hukuman terhadap ahli perniagaan Tan Boon Eng, seorang lagi tertuduh dalam kes itu.

Pada 17 September 2019, Tan mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1.5 juta oleh mahkamah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel