Connect with us

Terkini

Tak masuk akal LTTE mahu dihidupkan semula – P Ramasamy

Tuduhan bahawa Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) cuba dihidupkan semula di Malaysia adalah tidak masuk akal, kata Timbalan Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.

Beliau berkata perjuangan bersenjata oleh LTTE telah berakhir pada 2009 dengan kemusnahan kepimpinannya dan pembunuhan lebih seratus ribu orang Tamil.

Loading…

“Oleh itu, tidak masuk akal untuk memikirkan bahawa LTTE akan dihidupkan semula di Malaysia atau di tempat lain.

“Mengenang LTTE dalam cara peringatan mangsa perang bukannya sama dengan menghidupkan kembali kumpulan ini untuk perjuangan bersenjata sekali lagi,” katanya dalam kenyataan, lapor Malaysiakini.

Advertisement

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan bahawa LTTE cuba dihidupkan melalui aktiviti-aktiviti Parti Naam Tamilar Katchi atau NTK yang diketuai oleh Senthamilan Seeman, seorang pelakon yang menjadi ahli politik di Tamil Nadu, India.

Menurut P Ramasamy, NTK yang ditubuhkan beberapa tahun lalu didaftarkan sebagai parti politik dan telah bertanding dalam beberapa pilihan raya tetapi gagal mendapatkan sokongan.

“NTK adalah rapat dengan pergerakan kebangsaan Tamil di Sri Lanka secara umum dan khususnya LTTE. Ciri-ciri bendera, lambang dan lain-lain indentiti pihak itu menyerupai LTTE.

“Akan tetapi di Tamil Nadu, NTK berjuang untuk kuasa melalui cara perlembagaan dan demokratik. Walaupun dalam isu etnik Tamil di Sri Lanka, NTK percaya bahawa penyelesaian terbaik untuk etnik Tamil adalah wilayah Eelam yang bebas, tetapi enggan untuk menghuraikan cara untuk mencapainya.

“Adalah tidak masuk akal untuk memikirkan bahawa satu lagi perjuangan bersenjata akan berlaku seperti yang dilaksanakan oleh LTTE selama 30 tahun,” katanya.

Advertisement

Kata P Ramasamy beliau sendiri meragui parti itu mempunyai sokongan meluas di kalangan etnik Tamil walaupun sentimen Tamil digunakannya bagi tujuan politik.

“Pemimpin NTK iaitu Seeman adalah seorang penceramah yang baik dan mempunyai daya tarikan kepada orang ramai, tetapi saya meragui bahawa ciri-ciri ini sahaja dapat memulihkan kembali sebuah organisasi yang tidak berfungsi lagi.

“NTK tidak mempunyai asas di Malaysia dan tidak boleh menjadi wakil politik orang Tamil di sini. Sokongan nostalgia untuk filem mengenai perjuangan pembebasan kebangsaan Tamil tidak boleh diterjemahkan secara automatik kepada kebangkitan semula LTTE,” jelasnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel