Connect with us

Terkini

Alas tapak tangan dengan selipar, pakcik merangkak jual mainan

Kekurangan fizikal tidak sedikit pun mematahkan semangat seorang lelaki pertengahan abad untuk mencari rezeki yang halal bagi menyara hidupnya yang sebatang kara.

Lelaki yang dikenali sebagai Pak Setu itu terpaksa merangkak menggunakan tapak tangannya dengan beralaskan selipar kerana kedua-kedua belah kakinya cacat sejak kecil.

Loading…

Pak Setu yang berasal dari daerah Surakarta, Jawa Tengah menjaja mainan plastik yang digendong di atas belakangnya di kawasan sekitar.

Walaupun pendapatan yang diperolehi setiap hari tidak seberapa, namun Pak Setu tidak pernah sesekali mengharapkan belas ehsan orang lain.

Kisah ketabahan Pak Setu mendapat perhatian netizen apabila videonya tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Advertisement

Rata-rata netizen kagum dengan semangat yang ditunjukkan Pak Setu dan berharap agar hidupnya sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel