Connect with us

Terkini

Bertarung nyawa sejak lahir, anak Ali Puteh meninggal dunia

Anak kepada pelawak yang juga ahli kumpulan Puteh, Ali iaitu Sharifah Ainul Mardhiah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara tersebut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya yang memohon orang ramai agar menitipkan al-Fatihah buat bayi berusia tiga bulan itu.

Loading…
“Salam semua.. Nak bagitau pada semua anak saya Sharifah Nur Ainul Mardhiah dah kembali kepada penciptaNya..
“Sedekah al-Fatihah buat anak syurga ini.. tunggu walid dan ibu disana… tidurlah sayang… rehat lah sayang… syurga tempat kamu sayang.. Allahuakbar, ” tulisnya.
View this post on Instagram

Gambar ni mase sebelom adik operation…mase ni masih di hospital ampang…esok hari isnin…keputusan doktor berkenaan kamu syg…semoga ade sinar buat kamu esok…semoga semunya dipermudahkan buat kamu syg esok…terus lah kuat sedaya kamu!!!!..walid dan ibu sentiasa ade bersama kamu dan terus berdoa untuk kamu… #prayforainulmardhiah

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

Advertisement

Posting tersebut dihujani ucapan takziah rakan selebriti dan peminatnya serta mendoakan agar Sharifah Ainul Mardhiah ditempatkan di syurga Allah SWT.

Allahuakbar! Salam takziah

Al-Fatihah untuk anak syurga

Syurga untukmu sayang!

Terdahulu pada Ogos lalu, Ali atau nama penuh Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu anak keduanya itu bertarung nyawa akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Sumber : Ali Puteh, OhMedia

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel