Connect with us

Terkini

Lagu ‘Mengantuknya Mumia’ jadi bualan hangat netizen

Lagu Mengantuknya Mumia dari kartun siri animasi Didi & Friends telah menjangkau lebih tiga juta tontonan sekali gus menjadi fenomena luar biasa.

Lagu ini yang enjadi bualan netizen,telah menyuntik kelainan dalam kalangan remaja dan dewasa gara-gara liriknya yang mudah disebut, rentak lagu yang segar selain menampilkan karektor mumia yang disifatkan agak lucu bersama Didi & Friends.

Loading…

Lagu itu dipercayai tular di Twitter setelah dimuat naik oleh pelayar @lilpotatoesssss dengan status ‘Me at school’ yang berdurasi 14 saat.

Tidak puas mendengar lagu itu netizen dilihat mencari di Youtube yang sehingga kini meraih 3.3 juta tontonan apabila dimuat naik pada 27 Oktober lalu.

Advertisement

Rata-rata netizen teruja dengan lagu ini dan mengakui ramai peminat animasi ini kini dalam golongan remaja dan bukan lagi hanya kanak-kanak.

“Aku yang 21 tahun minat pulak lagu ni. Lain beno rentaknya,” tulis Ahmiudin.

Kata Fara Emilia, “Inilah satu satunya lagu budak yang sekali aku dengar terus jatuh cinta, in love gila do dengan suara mumia ni.”

Pada posting sama, Norfatimah berkata, “Saya yang tak ada anak lagi pun terjebak dengan didi & friends ni hahaha. Ni semua anak sedara punya pasal.”

Jelas Nurbal turut memuji lagu tersebut hebat hingga membuatkan dia menyanyi setiap hari.

Advertisement

“Tak berhenti henti saya dengar lagu ni dah banyak kali saya dengar lagu ni ia sangat hebat,” katanya turut memuji karektor mumia yang sungguh comel.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel