Connect with us

Mahkamah

Mengejutkan laporan asal audit 1MDB dipinda kurang 16 muka surat dari versi asal!

Bekas ketua audit negara memberi keterangan di mahkamah bahawa laporan audit 1MDB yang disediakan Jabatan Audit Negara (JAN) selepas dipinda pada 2016 kurang 16 muka surat berbanding versi asalnya.

Loading…

Saksi pendakwaan keenam, Ambrin Buang berkata demikian ketika mengesahkan bahawa versi asal yang diterbitkan oleh JAN pada 21 Februari 2016 mempunyai sejumlah 354 muka surat.

Laporan audit dipinda yang menjadi bahan bukti dalam perbicaraan ini mempunyai 338 halaman, lapor Malaysiakini.

Ambrin Buang

“Kerana ada perkara yang telah digugurkan daripada laporan ini,” kata Ambrin ketika menjawab pertanyaan DPP Akram Gharib mengenai mengapa muka surat laporan yang dipinda lebih pendek.

Sebelum ini, Ambrin juga mengesahkan kepada mahkamah bahawa bab 3 laporan audit yang membincangkan pelaburan SRC International juga telah disingkatkan muka suratnya.

Advertisement

Mahkamah mendengar bahawa bab 3 dalam laporan asal mempunyai sejumlah 21 muka surat yang mengandungi 11 topik, sedangkan dalam laporan yang dipinda, bab 3 hanya mempunyai 10 halaman dengan tujuh topik.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel