Connect with us

Mahkamah

Papagomo cengkam leher Syed Saddiq – Saksi

Setiausaha politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret Kajang, bahawa pengendali laman blog, Papagomo, telah mencengkam leher menteri itu untuk menghentikannya daripada terus berjalan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Februari lalu.

Menceritakan semula insiden tersebut, semalam, Mohd Aizad Roslan, 38, berkata Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, telah bertindak menerpa ke arah Syed Saddiq yang ketika itu sedang berjalan ke arah keretanya selepas sesi penamaan calon pada 11.05 pagi, 16 Feb lalu.

Loading…

“Saya serta dua lagi pegawai YB iaitu Amin (polis pengiring) dan Redzuan (pegawai khas) mengiringi beliau ke arah kereta yang terletak di laluan jalan utama. Tiba-tiba sekumpulan penyokong parti Barisan Nasional (BN) yang sedang melepak di situ telah memaki dan mengherdik kami tetapi kami tidak menghiraukan provokasi itu.

“Mereka telah menyerbu ke arah kami dan saya tiba-tiba perasan ada lelaki yang berlari dari arah belakang untuk melintasi kami. Lelaki itu kemudian menerpa ke arah YB dan mencengkam lehernya dengan tangan kiri. Saya nampak dengan jelas,” kata saksi itu.Iklan

Advertisement

Saksi pendakwaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin pada hari pertama perbicaraan kes Papagomo yang menghadapi tuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap menteri itu.

Saksi itu berkata Syed Saddiq yang trauma berikutan insiden berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way sebelum membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya berikutan kecederaan pada bahu dan lehernya.

Ketika ditanya Muhammad Hairuliqram sekiranya beliau mengenali lelaki yang mencengkam leher Ahli Parlimen Muar itu, saksi telah membuat pengecaman di dalam mahkamah terhadap Papagomo selaku Orang Kena Saman (OKS).

Sementara itu, saksi pendakwaan pertama, Pemangku Sjn Mohd Amin Bacho, 41, yang bekerja sebagai pegawai pengiring Syed Saddiq berkata dalam kekecohan yang berlaku ketika itu, Papagomo juga menyebut “Kau ni bodoh la Saddiq. Masuk ke kawasan aku” terhadap menteri itu.

“Ketika kami diserang, anggota bantuan trafik dan pasukan unit Amal Parti Islam Semalaysia (PAS) telah mengiringi kami berjalan ke arah kereta. Dalam keadaan tegang itu, saya melihat dia meluru ke arah YB dan meletakkan tangannya ke atas bahu kiri YB seperti hendak menghentikannya daripada berjalan.

Advertisement

“Papagomo kemudian telah menyebut kata-kata itu dan saya serta-merta mengarahkannya untuk melepaskan tangan daripada bahu YB kerana melihat beliau semakin tidak selesa,” katanya.

Tambahnya lagi, di sepanjang laluan awam dari kawasan luar dewan pencalonan hingga tiba ke kereta, mereka telah diherdik dan dimaki dengan pelbagai kata-kata kesat oleh penyokong BN antaranya “bangang”, “anjing” dan “bodoh”.

Pada 28 Feb, Papagamo yang juga Exco Pemuda Umno didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada 11.05 pagi, 16 Feb, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Ketua ARMADA itu pada tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2, 000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris bersambung Rabu ini. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel