Connect with us

Terkini

Tun Mahathir dedah Ahli Parlimen jumpa Azmin mengadu ‘hilang’ parti

Pertemuan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini antaranya untuk memberitahu mereka sudah ‘hilang’ parti.

Loading…

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu dimaklumkan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ditanya mengenai pertemuan yang mencetuskan pelbagai kontroversi itu.

“Saya tanya Azmin apa dia bincang (dalam pertemuan itu), dia kata orang UMNO (Ahli Parlimen BN yang berjumpa dengan Mohamed Azmin) sudah ‘hilang’ parti.

“(Mereka) tidak tahu apa hendak buat. Jadi mereka tanya sama ada hendak masuk parti lain atau tidak.

Advertisement

“(Dalam kalangan Ahli Parlimen BN yang adakan pertemuan) ada yang keluarkan kenyataan mereka sokong kepimpinan Mahathir,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Mohamed Azmin memberitahu intipati pertemuan dengan 17 Ahli Parlimen BN di Putrajaya baru-baru ini.

Sementara itu ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendekatan yang diambil Mohamed Azmin untuk mengadakan pertemuan tersebut, Dr Mahathir berkata, ia terpulang kepada Ahli Parlimen Gombak itu.

“Saya tidak ada pandangan mengenai perkara itu (pendekatan yang digunakan Mohamed Azmin). Beliau punya hak untuk bercakap tentang perkara itu.

“Parti beliau (Mohamed Azmin) akan beritahu sama ada parti (PKR) setuju atau tidak terpulang kepada mereka,” katanya lagi seperti dipetik Sinar Harian.

Advertisement

Pada malam Isnin lalu, Mohamed Azmin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan BN di kediamannya di Putrajaya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel