Connect with us

Pilihan Editor

Walau mata bengkak, Najib hadir demi BN di Tg Piai

Keadaan mata bengkak tidak menjadi halangan kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir memberi sokongan kepada calon MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mewakili BN yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Tanpa menghiraukan keadaan kesihatannya, Najib yang mula tiba di luar pekarangan pusat penamaan calon PRK Tanjung Piai bersama pemimpin BN lain sempat memberi kata-kata perangsang kepada lebih 500 penyokong calon yang berhimpun.

Loading…

Najib berkata, beliau yang sebelum ini mengalami sakit mata sudah hampir pulih tetapi kelihatan masih sedikit merah.

“Mata saya bengkak sikit, cuti sakit saya cuma satu hari saja.

Advertisement

“Tetapi saya dah makan ubat, sudah makin pulih,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini seperti dipetik Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Najib bersyukur perjalanan proses penamaan calon PRK Tanjung Piai hari ini berlangsung dengan tenang dan lancar.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel