Connect with us

Mahkamah

Muhyiddin, Shafie dipecat kerana kritik 1MDB di luar Kabinet – Najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipecat kerana membuat kenyataan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar Kabinet.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian semasa memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Loading…

Thomas: Sememangnya diketahui umum bahawa kamu memecat mereka.

Najib: Saya pecat mereka kerana membuat kenyataan (berkaitan 1MDB) secara terbuka sedangkan ia sepatutnya dibuat dalam mesyuarat Kabinet.

Advertisement

Kepada soalan sama ada beliau memberi persetujuan bagi jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Najib, 66, berkata: “Saya memberi persetujuan tersirat sahaja.”

Pada 11 November lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.

Dalam pada itu, Najib mengaku menulis catatan tangan menyatakan ‘Bersetuju’ pada surat permohonan pinjaman SRC International berjumlah RM3.95 bilion kepada KWAP.

Beliau mencatatkan demikian pada surat SRC bertarikh 3 Jun 2011 yang dihantar kepadanya.

Ketika ditanya Thomas tujuan SRC memberikan surat itu terus kepadanya (Najib) dan bukan kepada KWAP, Najib berkata pihak SRC mungkin ingin mencari jalan pintas untuk permohonan mereka diluluskan KWAP.

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel