Connect with us

Terkini

14 tahun jaga isteri lumpuh, tahap kesetiaan Edika Yusof dibanding dengan Da’i

Beberapa hari ini, kecoh mengenai seorang pendakwah bergelar Da’i yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan janda anak lapan walaupun isteri pertamanya sedang sarat hamil.

Perkara tersebut secara tidak langsung mewujudkan perbandingan antara pendakwah itu dengan bekas model dan pelakon Edika Yusof yang setia menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri yang lumpuh sejak 14 tahun lalu.

Seorang pengguna Facebook, Arda berkongsi sebuah posting mengenai pengorbanan lelaki berusia 52 tahun itu yang meletakkan kesetiaan sebagai perkara utama dalam kehidupan rumah tangga tanpa mencari ‘orang baru’.

Menurut Arda, hatinya cukup terkesan apabila mengenangkan kesanggupan Edika untuk menjalani kehidupan baik susah dan senang bersama isteri tersayang. src=”https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fpermalink.php%3Fstory_fbid%3D2544051365815054%26id%3D100006306467947&width=500

Posting tersebut dikongsi lebih 14,000 kali dan mendapat 17,000 tanda suka dalam kalangan netizen yang rata-rata turut mengagumi akan kecekalan serta kesabaran pelakon tersebut.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel