Connect with us

Pilihan Editor

‘Pantun saya unik’ – Ahmad Maslan puji pantun sendiri

Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitternya semalam mengulas tentang pantun-pantun yang telah dikarangnya sendiri.

Seni pantun nampaknya sentiasa mendapat tempat dihatinya apabila beliau cukup gemar berpantun, baik di parlimen, mahupun di media sosial.

Loading…

Ahmad yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika era Barisan Nasional berkata pantun yang dihasilkannya unik.

“Pantun saya unik,” ciapnya di Twitter.

Advertisement

Ahmad menjelaskan pantun-pantun yang dihasilkannya mengandungi rima (keselarasan bunyi) dalam rangkap pembayang, bukan hanya di hujung baris, tetapi juga di tengahnya, sambil menunjukkan beberapa contoh pantun yang dikarangnya.

“Hampir semua saya cipta sendiri. Tak mudah tapi taklah susah. Dan kebanyakan pantun membantai rejim PH DAP,” kata bekas menteri kabinet itu.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan itu turut berkongsikan pantun yang telah dihasilkannya sebelum ini:

Tanam kuini, dalam pasu,

Ketika redup, waktu pagi;

Advertisement

Kerajaan ini, manifesto palsu,

Kos hidup, makin tinggi.

Ahmad sebelum ini pernah mengakhiri perbahasan tentang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat juga dengan berpantun.

SST sebelum ini diperkenalkan kembali untuk menggantikan Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan.

Yang berikut ialah rangkap-rangkap pantun beliau.

Advertisement

ABCD SST
Harga akan melambung tinggi
Cukai yang dah tidak diguna lagi
Oleh majoriti negara dunia kini

ABCD SST
Rakyat terbanyak perlu ketahui
Cukai tak telus dan tersembunyi
Dalam harga tinggi menjadi

ABCD SST
Pengundi tidak sangka jadi begini
Ingat mansuh GST tiada cukai lagi
Rupanya beban bertambah diberi

ABCD SST
Kenalah ditanggung suami isteri
Rasa menyesal dalam hati
Mereka tidak akan memberi undi

ABCD SST
Janji hanya tinggal janji

Advertisement

– Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel