Connect with us

Pilihan Editor

Isu Jawi: ‘Ini je kan’ – Permaisuri Agong rujuk tiga muka surat Jawi

Melalui Twitternya semalam Permaisuri Agong berkongsi ciapan seorang pengikutnya dengan imej buku teks bahasa Melayu darjah empat yang memaparkan tiga muka surat pengenalan tulisan Jawi.

“Ini sahaja kan,” titah Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merujuk kepada tiga muka surat pengenalan Jawi untuk murid-murid Tahun Empat di sekolah rendah.

Loading…

Dalam ciapan pengikut Twitter Tuanku Azizah yang menggunakan nama Zamil Yasrawi berkata setiap pelajar di negara ini wajib mengetahui tulisan pada simbol rasmi negara.

“Setiap pelajar sekolah dalam Malaysia wajib mengetahui apa tulisan yang terkandung pada Jata Negara dan wang Ringgit. Anyway its a simbol rasmi Malaysia, kan,” ciap Zamil di twitternya.

Advertisement

Terdahulu Tuanku Azizah juga sempat membalas ciapan seorang lagi pengikutnya, yang menggunakan nama Adly Arief.

“Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan kesenian Islam. Tak perlu nak jadi Muslim untuk hargai perkara ini.

“Begitu juga seseorang itu tak perlu jadi Melayu untuk jadi Muslim. Ada juga orang Melayu tapi bukan Muslim. Dalam Islam kita tidak terikat dengan kaum tapi dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah,” tulisnya.

Baca: Isu Jawi: Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter

Tuanku Azizah bertitah demikian selepas Adly membalas ciapan baginda yang mengatakan adalah rugi sekiranya orang Melayu tidak pandai menulis Jawi.

Advertisement

“Kenyataan ini boleh timbulkan pertikaian kaum, tuanku.

“Tak bolehkah kita setuju alpabet Latin atau Roman sekadar identiti budaya dan tidak ok untuk paksa kepada orang lain?” tulis Adly.

Baca: ‘Saya bercakap tentang keindahan Jawi dan kesenian Islam. Tak perlu nak jadi Muslim untuk hargai perkara ini.’ – Permaisuri Agong

Tuanku Azizah sebelum itu berkata adalah merupakan satu kerugian jika orang Melayu, Cina dan India di negara ini tidak memahami tulisan masing-masing.

“Sayang kalau orang Melayu tak pandai tulis Jawi atau orang Cina tak pandai tulisan Mandarin atau orang India tak pandai tulis Tamil. Orang Siam dengan tulisan Siamnya.

Advertisement

“ABC itu universal dan global tapi kenalah pandai tulis cara kita juga. Tambahkan ilmu, tak rugi,” ciapnya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel