Tidak selesa banyak wang dalam akaun, Najib pulang sejumlah besar derma tak dibelanja

0
2611

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, beliau berasa tidak selesa mempunyai wang yang banyak di dalam akaun kerana bimbang akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik sekiranya maklumat tersebut bocor.


Loading…

Justeru, bekas Perdana Menteri itu membuat keputusan untuk memulangkan hampir kesemua jumlah derma yang tidak dibelanjakan dan hanya menyimpan sebahagian daripadanya.

“Saya juga percaya dalam mengembalikan sejumlah besar derma tersebut yang tidak digunakan oleh saya adalah tanda niat baik saya kepada keluarga diraja Saudi yang akan diambil kira oleh mereka dalam memberikan sokongan kepada saya pada masa hadapan.

“Akhirnya, kira-kira sejumlah RM2.59 bilion (AS$620 juta) telah dikembalikan kepada penghantar dana-dana tersebut, Tanore Finance Corp dan baki sekitar RM 162 juta telah dipindahkan ke salah satu akaun baharu yang telah dibuka oleh saya pada Ogos 2013,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini pada Rabu.

Terdahulu Najib menegaskan, hanya mendapat tahu berkenaan dengan transaksi berjumlah RM2.08 bilion (AS$681 juta) itu apabila rakaman percakapannya diambil oleh SPRM.

“Ia juga sejurus selepas peguam saya memperoleh dokumen-dokumen perbankan berkaitan daripada Ambank.

“Semasa itu saya diberitahu terdapat wang yang dimasukkan dalam mata wang USD daripada pihak luar. Saya juga telah ditunjukkan sepucuk surat bertarikh 1 Mac 2013 yang mana dikatakan adalah daripada wakil sah Raja Abdullah.

“Surat tersebut menyatakan bahawa Raja Abdullah telah mengurniakan saya sejumlah wang RM3.34 bilion (AS$800 juta) sebagai hadiah yang mana saya boleh belanjakan atas budi bicara mutlak saya,” jelasnya.

Dalam pada itu Najib memberitahu, sebahagian dana itu digunakan untuk inisiatif CSR dan juga pembiayaan piihanraya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus menjadi kerajaan.

“Ini akan memastikan kestabilan politik dan akan selari dengan apa yang Raja Abdullah inginkan,” ujarnya. – Astro Awani

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...