Connect with us

Pilihan Editor

Zuraida dedah Anwar cuba yakinkan dirinya bahawa Azmin pelaku video seks

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa presiden parti Anwar Ibrahim pernah cuba meyakinkannya bahawa video seks Azmin Ali memang individu yang dirakam dalam video seks beberapa bulan lalu.

Dalam usaha untuk meyakinkannya, kata Zuraida lagi, Anwar mendakwa bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah memintanya untuk memecat Azmin.

Loading…

Bagaimanapun Zuraida berkata beliau tidak yakin dengan dakwaan itu.

“(Jumpa Anwar) beberapa bulan lalu. Dia kata video itu memang Azmin, polis kata Azmin. Saya kata kalau (benar) Azmin, biarlah polis siasat dan Azmin kena terima kalau (video tersebut) betul.

Advertisement

“Anwar kata dia (Azmin) macam adiknya dan kasihan kepadanya. Jadi saya kata kalau kasihan, tolonglah dia.

“Lepas itu dia kata Mahathir suruh (Anwar) pecat Azmin. Tapi kalau (benar) suruh pecat, kenapa Mahathir keluarkan empat kenyataan (menyatakan Azmin) tak perlu cuti.

“Dia kata anda tak tahu Mahathir…Memang saya tak kenal Mahathir, (tetapi) saya (juga) tak kenal anda,” katanya kepada kira-kira 2,000 hadirin di program yang mengumpulkan penyokong Azmin di Kuala Lumpur malam ini, lapor Malaysiakini.

Zuraida merujuk kepada video seks menampilkan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lelaki yang tersebar April lalu.

Haziq mendakwa lelaki tersebut adalah Azmin. Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai usaha memusnahkan kerjaya politiknya.

Advertisement

Program malam ini diadakan di Hotel Rennaisance, lokasi di mana sejumlah aktivis berkumpul 20 tahun lalu untuk menubuhkan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian menjadi PKR.

Zuraida kemudian mensasarkan ucapan lantangnya kepada penyokong Anwar, dengan menyifatkan beberapa mereka sebagai “budak hingus” dan menggelarkan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai “tidak berguna”.

“(Pengarah komunikasi PKR) Fahmi Fadzil, budak hingus tanya (sama ada) saya datang mesyuarat. (Ketua pemuda PKR) Akmal Nasir yang berhingus, budak pampers, jangan berlagak nak tegur kita,” katanya.

Pemimpin PKR yang menyokong Anwar sebelum ini menyifatkan kem Azmin sebagai tidak memberi kerjasama dan enggan menghadiri mesyuarat parti.

Bagaimanapun Zuraida berkata beliau sudah cuba untuk mengadakan pertemuan rekonsiliasi dengan Anwar tetapi tidak berjaya.

Advertisement

Program itu yang dinamakan “Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” dihadiri pemimpin yang menyokong Azmin, antaranya naib presiden Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu Rashid Hasnon, Sivarasa Rasiah, Kamaruddin Jaafar dan Amiruddin Shari.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel