Connect with us

Pilihan Editor

Petisyen kekalkan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan terus meningkat, cecah 380k tandatangan!

Nampaknya petisyen dalam talian yang menggesa Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan terus mendapat sokongan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Rata-rata rakyat menandatangani petisyen tersebut mahu Dr Maszlee Malik terus dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Loading…

Menyifatkan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan yang terbaik, prestasi Dr Maszlee cukup cemerlang, mereka mendesak isu ini tidak dipolitikkan kerana ianya melibatkan pendidikan anak bangsa.

Menerusi semakan terkini kami di laman sesawang — change.org sokongan rakyat yang menandatangani petisyen tersebut telah meraih sebanyak 384,246 tandatangan dan masih terus meningkat walaupun baru hanya 2 hari dilancarkan.

Advertisement

Rakyat yang menendatangani petisyen tersebut memohon agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalkan Dr Maszlee berikutan prestasi baik yang ditunjukkan beliau semasa memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Sejak mengumumkan peletakan jawatan tersebut, Dr Maszlee menjadi topik hangat di laman sosial. Kebanyakan netizen di laman sosial juga berkongsi petisyen tersebut untuk menyatakan sokongan mereka kepada Dr Maszlee.

Kebanyakan rakyat juga memberikan komen di petisyen tersebut menyeru agar jawatan Dr Maszlee dikekalkan. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel