Connect with us

Pilihan Editor

Cecah lebih 260k tandatangan, petisyen kekalkan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan terus terima sokongan padu rakyat

Petisyen dalam talian yang menggesa Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan yang dilancarkan petang kelmarin terus mendapat sambutan yang cukup hangat daripada netizen.

Menerusi laman sesawang — change.org ratusan ribu netizen menandatangani petisyen yang menggesa agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengekalkan Dr Maszlee berikutan prestasi baik yang ditunjukkan beliau semasa memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan

Loading…

Setakat berita ini ditulis pada jam 9.22 pagi ini, petisyen tersebut telah meraih sebanyak 269,466 tandatangan dan masih terus menerima sokongan padu daripada netizen.

Petisyen tersebut yang dimulakan oleh individu bernama Tuah Kencana menyatakan bahawa,”keputusan (Maszlee) meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara.

“Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri pendidikan,” kata kenyataan itu lagi.

Advertisement

Dalam petisyen tersebut turut disenaraikan sumbangan bekas Menteri Pendidikan tersebut yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam sepanjang tempoh singkat beliau memegang jawatan itu.

Antara usaha yang berjaya dilakukan oleh Dr Maszlee untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara adalah program “sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru “suka sama suka”, penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan Internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru-guru.”

Dr Maszlee dalam sidang medianya di Putrajaya petang kelmarin, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dan beliau turut menjelaskan keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.

“Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020,” jelas Dr Maszle.

Dr Maszlee yang kelihatan sebak selepas habis sidang khas media tersebut telah meninggalkan perkarangan KPM dengan memandu sendiri kenderaan peribadinya, sebuah Perodua Myvi.

Advertisement

Baca: Petisyen kekalkan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dapat sambutan hangat netizen

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah menerima peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang berkuat kuasa hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata Dr Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan kepada beliau pada hari ini (kelmarin).

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya lagi. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel