Connect with us

Terkini

Kerajaan gantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta!

Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad melalui Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan penggantungan kemudahan imigresen kepada warga China.

Loading…

Penggantungan Ini Turut Melibatkan Wilayah Hubei dan Sekitarnya

Ini termasuklah eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa On Arrival), e-visa dan visa manual kepada warga China. Penggantungan ini melibatkan warga China yang berasal dari wilayah Wuhan, Hubei dan kawasan sekitarnya.

Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta
Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta. Sumber : FB Tun Dr Mahathir Mohammad

Penggantungan ini berkuat kuasa serta merta dengan mengambil kira pelaksanaan keputusan bersama pihak kerajaan China.

Namun demikian, penggantungan ini hanyalah bersifat sementara dan akan dilaksanakan semula setelah keadaan kembali pulih.

Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta

Menerusi kenyataan media ini juga, pelbagai pihak kini sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung wabak ini daripada merebak dengan meluas.

Langkah-langkah yang diambil adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta nasihat daripada pakar.

Walau pun terdapat desakan daripada netizen untuk menghalang kemasukan pelancong dari China, langkah ini tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya kerana kes jangkitan ini masih belum diisytiharkan sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh World Health Organisation (WHO).

Advertisement
Kerajaan Menggantung Kemudahan Imigresen Warga China Dari Wuhan Serta Merta

Kebimbangan netizen yang semakin memuncak ini adalah disebabkan penyebaran berita palsu serta video punca penularan wabak yang ekstrim.

Untuk pengetahuan anda, beberapa wabak yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sebenarnya lebih membahayakan.

Oleh kerana kurang kesedaran tentang punca penularan serta kurangnya penyebaran di laman media, wabak tersebut hanyalah sekadar isu global yang remeh di mata masyarakat.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkenaan jangkitan novel coronavirus ini bagi mengelakkan ketidaktenteraman dalam kalangan orang awam.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel