Connect with us

Mahkamah

Keterangan Najib bercanggah: Hakim terima permohonan pendakwaan

Ketua pembelaan Najib berhujah, cubaan pihak pendakwaan mahu mengenakan tindakan ke atas bekas perdana menteri itu dibuat tanpa niat yang baik.

Hal itu kerana, menurut Shafee, pihak pendakwaan membuat permohonan tersebut baru hari ini, iaitu sehari sebelum mahkamah tinggi mendengar permohonan tertuduh mendapatkan pakar tulisan tangan bagi meneliti tandatangan yang dirujuk pada dokumen penting SRC.

Loading…

“Ada kekurangan bona fide (niat baik) dalam permohonan menjelang perbicaraan untuk mendengar permohonan (Najib) esok agar pakar melihat pelbagai dokumen berkaitan tandatangan (Najib).

“Saya meberi amaran kepada pihak sana (pendakwaan) bahawa ini pasti menggiatkan lagi permohonan kami esok,” katanya.

Advertisement

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima permohonan agar Najib dibicarakan (impeachment) kerana memberikan keterangan bercanggah semasa memberi kenyataan kepada mahkamah dan SPRM.

“Selepas melihat kepada hujah-hujah yang diberikan, saya mendapat permohonan pihak pendakwaan untik memulakan proses impeachment ke atas tertuduh berhubung dakwaan percanggahan dalam kenyataan tambahan saksi dan kenyataan diberikan kepada SPRM bukan tanpa merit,” kata hakim itu.

Menurut beliau mahkamah akan ditunjukkan mengenai kenyataan yang didakwa mengandungi percanggahan berkenaan dan bagaimana perkara itu akan berjalan.

Sejurus kemudian Mohd Nazlan menangguhkan perbicaraan untuk rehat tengah hari dan bakal disambung jam 2 petang nanti. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel