Connect with us

Terkini

Niat nak ‘test’ pinjam RM1,000, Lelaki ini tak sangka sahabat lama itu satu-satunya manusia yang sudi hulur bantuan

Allahu, perbualan dua sahabat ini benar-benar meninggalkan kesan.

Melalui status dan gambar yang dimuat naik oleh Reza Shahrill Mahadi ini benar-benar menunjukkan siapa sebenarnya sahabat yang sudi tampil membantu ketika dirinya dilanda kesusahan. 

Benarlah kata orang, teman ketawa senang dicari, teman semasa susah dan bersedih susah dicari.

Seperti sahabat kepada lelaki ini, walaupun tahu dirinya serba tidak cukup, namun digagahkan juga niat mahu membantu rakannya itu.

Advertisement

Akhirnya perbualan mereka lebih menyentuh hati, siapa sangka niat untuk membantu sahabat semasa susah dibalas dengan ganjaran berlipat ganda.

Loading…

“Kawan masa senang, senang nak cari. Yang masa susah, memang susah nak jumpa. Ramai yang suka menerima tetapi tidak ramai yang suka memberi. Aku saja test tadi, nak tengok siapa yang sudi tolong. Nak bagi dia hadiah. 

“Tak sangka pula sahabat lama itu satu-satunya manusia yang menghubungi aku melalui chat. Terharu pulak,” tulis Reza melalui satun hantaran di laman sosial Facebooknya.

Urgent, nak pinjam RM1,000…

“Aku sebenarnya chat ko ni nak cubalah tolong apa yang aku mampu”

“Aku dapat tolong ko dalam RM300. Tak dapat nak bagi banyak sebab hujung bulan nak berniaga di bazaar ramadhan”

Dari RM300, bertukar menjadi RM800

Cukup menyentuh hati apabila rakan yang dibantu itu pula membantunya dengan menambah modal untuk sahabatnya itu berniaga.

Berapa ramai yang benar-benar menjadi sahabat kita pada hari ini?

Advertisement

Hargailah sebuah persahabatan yang sudah dijalin. Sahabat sejati amat sukar dicari, sukar untuk ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel