PM: Tiada beza dedah rakaman audio dengan tunjuk barang Rosmah disita polis

0
5212
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenyum ceria ketika menjawab pertanyaan para pengamal media pada majlis penutup Kejohanan Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020 edisi ke-18 hari ini. Turut bersama, Ahli Jawatankuasa Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) Tunku Yaacob Khyra (kiri). - Foto oleh Bernama

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman audio perbualan telefon membabitkan Datuk Seri Najib Razak tidak ada beza dengan rampasan barang mewah bekas perdana menteri itu yang dipaparkan kepada umum sebelum ini.

Tun Mahathir juga menegaskan bahawa tidak penting sama ada beliau menyokong tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya atau tidak tetapi sebaliknya adalah persoalan sama ada pendedahan itu boleh dibuat atau tidak kerana rampasan barang Najib juga pernah didedahkan dengan cara yang sama.

Loading…

“Dahulu masa kita mula buat rampasan, kita tunjuk semua barang Najib dan tidak ada beza pun.

“Saya sokong atau tidak (SPRM) tidak penting. Ia boleh dibuat atau tidak.

“Dulu ada rampasan di Pavilion kita tunjuk kepada orang ramai dan tidak sembunyi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup dan penyampaian Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road, seperti dipetik portal Malaysia Gazette.

Tun Mahathir diminta mengulas pendedahan oleh SPRM itu selepas ianya dipertikaikan pelbagai pihak malah turut menggesa Latheefa Koya dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kerana menganggap tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh suruhanjaya yang berintergriti.

Sebelum ini pada 18 Mei 2018 pihak polis menyerbu pangsapuri yang dikaitkan dengan Najib pada dan pada 27 Jun, polis mendedahkan pada sidang akhbar bahawa rampasan itu termasuk 2,200 cincin, 1,400 rantai, dan 567 beg tangan.

SPRM mempertahankan tindakan mendedahkan rakaman audio itu dengan berkata bahawa ia melibatkan kepentingan awam.

Video: Tun M: ‘Dedah rakaman audio sama dengan tunjuk barang Rosmah disita Polis’

Baca: Dedah rakaman audio ‘mengejutkan’ demi kepentingan awam

“Dokumen rahsia ini dikongsikan (menerusi perbualan itu) dan ini jelas mencabar kewibawaan. Sebab itu bagi kami penting untuk didedahkan untuk kepentingan awam,” kata Latheefa ketika pendedahan sembilan audio konspirasi jenayah tertinggi membabitkan rakaman perbualan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

“Jangan ajar aku, aku taulah!”

Perbualan antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan Najib Razak

“Can I advise you something?” kata Rosmah kepada Najib

Perbualan didakwa antara Dzulkifli dan Abdul Azeez

Naji Nafi Kena Marah Dengan Rosmah, Shafee Pertimbang Ambil Tindakan Hina Mahkamah Terhadap SPRM, Latheefa

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...