Connect with us

Terkini

‘Saya minta maaf kepada anak-anak saya’ – Menyesal tiada guna, bapa rogol 2 anak perempuan berhadapan hukuman 15 tahun

Penyesalan sememangnya selalu datang lambat ketika rasa menyesal itu sudah tidak bermakna lagi dan tidak mampu mengubah apa-apa. 

Seperti penyesalan yang dihadapi oleh seorang bapa ini di Jawa Timur. Dia hanya mampu menyesal dengan perbuatan merogol dua anak perempuan selepas ditangkap oleh polis. 

Loading…

Ketika berada di depan wartawan, tertuduh berusia 51 tahun itu menangis meminta maaf kepada dua anak perempuannya dan masyarakat. 

“Saya minta maaf kepada anak anak saya, keluarga dan juga kepada masyarakat,” katanya sambil menangis tersedu sedan. Namun, rasa menyesalnya itu tidak dapat mengubah keputusan mahkamah yang akan menjatuhkan hukuman terhadapnya. 

Advertisement

Disebabkan perbuatan tertuduh, dua mangsa itu masih trauma dan mengalami depresi. 

“Saya menyesal dan saya juga minta maaf kepada polis dan terima kasih kepada pihak kebajikan yang menjaga anak saya,” katanya yang memakai baju tahanan berwarna jingga dan diiringi sejumlah anggota polis menuju ke ruang tahanan. 

Difahamkan, tertuduh merogol dua anak perempuan, Bunga (kakak) dan Mawar (adik). 

Dalam kes itu, tertuduh merogol Mawar yang ketika itu berusia 15 tahun. Yang kemudian melampiaskan nafsu syaitannya itu pada si kakak. 

Tertuduh kini berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun dan tempoh hukuman juga mungkin akan ditambah kerana mangsa merupakan anak kandung tertuduh. 

Advertisement

Sumber: Kompas

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel