Connect with us

Terkini

Siapa langgar undang-undang, termasuk saya, akan dipenjara – Dr M

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Bersatu akan menunggu siasatan polis berhubung dakwaan seorang Adun parti itu dari Selangor terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Loading…

Tun Mahathir berkata beliau tiada gambaran penuh berhubung kejadian awal pagi tadi, dan menurutnya lagi Bersatu akan patuh kepada undang-undang.

“Saya dengar cerita sahaja, saya tak tahulah.

“Kita kena tunggu maklumat penuh daripada polis dan akan putuskan apa yang akan berlaku kerana kita berpegang kepada ‘rule of law’.

Advertisement

“Sesiapa yang langgar undang-undang, tak kira siapa, walaupun jika saya yang langgar undang-undang, saya perlu masuk penjara,” katanya lagi.

Terdahulu dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong awal pagi tadi, Adun dari parti Bersatu itu dilaporkan telah ditahan polis dan disahkan sendiri oleh pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Ansari

Turut ditangkap ialah 16 lagi individu, termasuk enam perempuan dan beberapa pegawai tinggi kerajaan.

“Semua suspek sudah diambil kenyataan. Pada hari ini selepas siasatan dilengkapkan, mereka dilepaskan dengan jaminan polis,” kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dalam satu sidang media di Bukit Aman hari ini – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel