Connect with us

Pilihan Editor

Syed Saddiq bidas ‘sekutu Anwar’ asyik serang Dr M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin menerima desakan untuk berundur terutama selepas kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Kimanis di Sabah baru-baru ini.

Melihat situasi itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam membidas penyokong kuat dan mereka yang dianggap sebagai sekutu Anwar Ibrahim kerana terus menyerang perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan itu berkata Tun Mahathir tidak pernah mengingkari janjinya untuk berundur dan memberi laluan kepada Anwar sebagai pengganti.

“Tidak pernah sekali pun Tun (Mahathir) mengingkari janjinya,”

Advertisement

“Setiap kali ditanya berkenaan transisi, Tun sentiasa menjawab dengan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan kepada Anwar.” kata Syed Saddiq lagi.

Melalui satu hantaran di Facebooknya semalam, Syed Saddiq menyenaraikan nama-nama pemimpin kerajaan yang terus mempersoalkan kedudukan Tun Mahathir.

Antara nama yang disebut Syed Saddiq adalah pemimpin PKR daripada kem Anwar dan DAP, iaitu Ramkarpal Singh, P Ramasamy, Johari Abdul, Ronnie Liu, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, Syukri Razab dan Syed Husin Syed Ali.

“Tidak sampai dua hingga tiga tahun Tun M memegang jawatan sebagai perdana menteri, mereka sudah mendesak YAB Tun M meletakkan jawatan.

“Bagaimana YAB Tun M ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang oleh mereka yang dianggap sebagai sekutu DS Anwar?” soalnya lagi.

Advertisement

Syed Saddiq mengggesa desakan supaya perdana menteri yang telah dipilih secara demokratik segera dihentikan.

“Get your house in-order! (Selesaikan hal sendiri dahulu!)

“Stop demanding for our democratically elected Prime Minister to step down and please respect PH’s consensus!” tegas Syed Saddiq yang juga ketua Pemuda Bersatu (Armada) dan Pakatan Harapan itu. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel