Connect with us

Jenayah

‘Tengok muka pun dah seram’ – Ibu tunggal didakwa dera, bunuh bayinya berusia 2 tahun

Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini mendakwa seorang ibu tunggal di atas pertuduhan membunuh anak kandungan yang berusia 2 tahun 10 bulan. 

Tertuduh, Nurul Shamira Mazlan, 22, yang dituduh melakukan jenayah itu antara 5 hingga 11 Januari lalu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. 

Loading…

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nur Shahana Abdus Quddus di kediamannya di Taman Kempas Indah antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari antara 5-11 Januari 2020. 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika tertuduh didapati bersalah. 

Advertisement

Peguamnya, Muhammad Ashraff berkata, teman lelaki anak guamnya dibebaskan di bawah jaminan mahkamah, tetapi akan dipanggil untuk menjadi saksi. 

Majistret menetapkan sebutan semula kes pada 24 Februari depan bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia. 

13 Januari lalu, Nurul Shamira meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya. Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail berikutan masalah jangkitan kuman.

Doktor yang merawat mangsa juga menemui kesan lebam di tangan kiri dan kanan serta bahagian perut, selain kesan gigitan di tangan kiri dan kanan mangsa yang dipercayai akibat didera. 

Bedah siasat mendapati, mangsa mati disebabkan kecederaan di bahagian tengkorak serta usus akibat hentakan objek tumpul.

Advertisement

‘Kucing pun sayang anak’- Netizen luah rasa di Instagram

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan geram dengan  perkara itu.

Malah ada juga segelintir netizen turut memberikan komen apabila melihat wajah tertuduh yang agak ‘menyeramkan’.

Ada segelintir netizen yang berpendapat bahawa suspek mungkin mengalami masalah tekanan hidup. 

Semoga keadilan dapat dituntut dan suspek dikenakan hukuman yang setimpal. Tindakan suspek yang mendera dan membunuh anaknya secara kejam merupakan satu tindakan di luar akal fikiran manusia. 

Sumber: Berita Harian, Xtra

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel