Connect with us

Pilihan Editor

Seorang lagi ditahan isu kekecohan program Armada

Polis Johor menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes kekecohan pada satu program Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang diadakan secara tertutup di Ulu Tiram, di Johor Bahru, Jumaat lepas.

Loading…

Ketua Polis Johor Mohd Kamarudin Md Din berkata individu itu ditahan lewat petang semalam di Johor Bahru.

Perkembangan itu, katanya, menjadikan jumlah suspek yang ditangkap setakat ini adalah seramai tiga orang termasuk dua individu yang telah diberkas pada Jumaat malam.

“Ketiga-tiga mereka ini berumur lingkungan 30-an dan perintah reman terhadap mereka akan dipohon daripada mahkamah hari ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan hari ini.

Advertisement

Mohd Kamarudin berkata siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kesemua suspek mempunyai kaitan dengan parti-parti politik.

“Kita sedang mengenal pasti latar belakang mereka dan parti politik mereka sebelum ini dan yang sekarang,” katanya mengulas perkembangan terkini kes berkenaan.

Beliau berkata semua masyarakat harus menghormati undang-undang dan tidak bertindak di luar batasan dalam sesuatu perkara.

Baca: Dikepung ‘gengster’, Syed Saddiq terpaksa lompat pagar demi selamat diri

Advertisement

“Saya ingat statement (kenyataan) daripada Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador) mengenai perkara ini jelas supaya semua orang menghormati undang-undang, tidak ada sesiapa pun berada di luar batas undang-undang,” katanya.

Semalam, Abdul Hamid mengingatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan insiden itu dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial bagi mengelakkan ketidaktenteraman awam dalam negara.

Pada Jumaat lepas, kira-kira 200 individu didakwa mencetuskan kekecohan dengan mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan ugutan kepada Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika satu program tertutup bersama Armada Johor.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel