Connect with us

Pilihan Editor

KJ kongsi imej terbaru, sedia galas tanggungjawab sebagai Menteri k’jaan PN

Pengumuman barisan jemaah menteri yang baru oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada semalam menerima reaksi pelbagai daripada rakyat Malaysia.

Antara yang paling mencuri tumpuan sudah pastinya kembalinya bekas menteri belia dan sukan kita sebelum ini , Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 

Loading…

Beliau yang berehat panjang selepas tidak menganggotai kabinet perdana menteri ketujuh sebelum ini bagaimanapun ‘dilihat’ bersedia untuk kembali berkhidmat kepada rakyat Malaysia selepas hampir dua tahun.

Perkara itu dapat dilihat melalui satu perkongsian yang dibuat di Insta story miliknya awal pagi ini apabila dia memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan perubahan gaya rambutnya.

photo_2020-03-10_12-54-13

KJ yang sebelum ini sinonim dengan gaya rambut panjangnya sejak pasca Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu dilihat memotong rambutnya selepas diumumkan sebagai salah seorang menteri kabinet pada semalam.

Dalam perkongsian kedua, KJ memuat naik selfie-nya bersama gaya rambut baharu yang lebih pendek dan kemas berbanding sebelum ini.

photo_2020-03-10_12-54-10

Walaupun tidak meletakkan sebarang kapsyen bersama kiriman tersebut, namun kita sudah pastinya dapat membayangkan potongan rambut itu dilakukan bersempena kembalinya beliau sebagai salah seorang menteri yang baru diumumkan pada semalam.

KJ sebelum ini juga pernah mencuri tumpuan netizen pada tahun lalu selepas tampil dengan imej penuh maskulin dan berambut panjang ketika menjadi ‘cover’ untuk majalah Unreserved.

Advertisement
kj unr

Sumber: The Vocket

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel