COVID-19: Suspek kes video viral kepala kambing kini direman empat hari

0
3770

Seorang lelaki berusia 49 tahun yang ditahan kerana merakam video ‘kenduri kepala kambing’ sambil mempertikai Perintah Kawal Pergerakan dalam kejadian di Langgar dekat sini semalam, direman empat hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata tempoh tahanan reman bermula hari ini hingga 24 Mac ini.

Beliau berkata, seorang lagi lelaki berusia 60 tahun dipercayai penganjur majlis kenduri itu dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Eliana Ismail.


Loading…

Berikutan itu, lelaki terbabit yang dipercayai perakam video itu kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPB) 2020, Seksyen 7(1) PPPB 2020, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan polis minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penularan seorang lelaki di media sosial Facebook yang mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaaan berikutan COVID-19.

Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan suasana di sebuah rumah di kawasan Langgar, di sini yang mengadakan kenduri ketika orang ramai diarahkan berada di dalam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Video: Tular Lelaki rakam video ‘kenduri kepala kambing’ di musim corona virus

Berikutan itu, polis berjaya menahan dua lelaki terbabit di rumah masing-masing di kawasan Langgar jam 5.15 petang semalam untuk membantu siasatan.

Ini adalah kes pertama membabitkan tangkapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan.

Sumber: BH Online

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...