Connect with us

Terkini

Lelaki rakam video ‘kenduri kepala kambing’ dicari pihak polis

Polis hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan video tular seorang lelaki mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa di Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya video itu dirakam di satu kawasan sekitar Langgar di Alor Setar.

Katanya, berikutan itu polis memohon lelaki yang membuat rakaman video terbabit tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi membantu siasatan.

Loading…

“Jangan main-main, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan untuk menangani penularan jangkitan wabak Covid-19 dan bukannya arahan sesuka hati.

“Kita minta orang ramai yang mengenali individu dalam video atau lelaki itu sendiri tampil secepat mungkin untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di IPD Kota Setar, Alor Setar, seperti dilapor Harian metro.

Advertisement

Katanya, tindakan lanjut akan dilakukan sekiranya lelaki itu tidak tampil bagi membantu siasatan.

Video yang berdurasi 57 saat menunjukkan lelaki itu sedang merakam suasana di sebuah rumah yang didatangi orang ramai sambil menikmati hidangan berasaskan kambing termasuk kepalanya.

Video: Tular Lelaki rakam video ‘kenduri kepala kambing’ di musim corona virus

Sambil melemparkan kata-kata kesat, lelaki itu mempersoalkan isu kuarantin di rumah seperti yang disarankan kerajaan sejak perintah itu berkuat kuasa mulai Rabu lalu hingga 31 Mac ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel