Connect with us

Pilihan Editor

Perangi COVID-19: Kita dapat kawal wabak Covid-19 jika trend penurunan berterusan dalam tempoh 2 minggu akan datang- PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat Malaysia agar bersama-sama terus memerangi penularan COVID-19kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata, sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini, penularan wabak itu dapat dikawal dengan izin Allah SWT.

“Saya ingin mengingatkan anda bahawa usaha memerangi COVID-19 belum berakhir. Perjuangan masih berlangsung. Setakat ini kita telah melakukannya dengan baik, jadi tingkatkan semangat anda dan teruslah berjuang. Jika kita gigih, InsyaAllah kita akan berjaya,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen, seperti dilapor Bernama.

Loading…

Perdana Menteri Malaysia melalui ucapannya juga memaklumkan sebanyak 118 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini. Bagi kes pulih pula ialah sebanyak 220 orang.

Perkara tersebut dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri menerusi sidang media Perutusan Khas sebentar tadi.

Advertisement

 Syukur Alhamdulillah. Hari ini sahaja, jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya trend penurunan kes positif berterusan dalam tempoh dua minggu akan datang, wabak Covid-19 ini dapat dikawal daripada penularannya.

Jumlah kes positif baru telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu yang akan datang, Insya Allah kita dapat mengawal wabak Covid-19 ini daripada menular.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel