Connect with us

Terkini

Masih terima pelanggan masa kuarantin, tukang gunting maut akibat Covid-19

Seorang tukang kedai gunting rambut di Mississippi, Amerika Syarikat meninggal dunia akibat Covid-19 selepas berterusan menerima pelanggan ketika pandemik masih menular.

Eugene Thompson, 46, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital St. Dominic pada 4 April lalu.


Loading…

Menerusi laporan media, mangsa memiliki dua buah kedai gunting rambut di kawasan Brookhaven, Mississippi dan amat dikenali sebagai seorang ahli perniagaan selain menjadi mentor kepada tukang gunting yang lain.

Thompson baru sahaja menyambut hari lahir ke-46 sebelum disahkan positif virus itu pada 22 Mac. Dua hari kemudian, dia ditahan di hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Advertisement

Berita tersebut menarik perhatian segelintir netizen Malaysia setelah kerajaan memberi kelonggaran kepada industri untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk perkhidmatan gunting rambut.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel