Connect with us

Terkini

Covid-19: Indonesia catat peningkatan harian tertinggi, 24 doktor maut

JAKARTA – Indonesia mencatatkan peningkatan harian tertinggi kes COVID-19 hari ini manakala persatuan perubatan memaklumkan, setakat ini 24 doktor maut akibat coronavirus itu.

Republik itu mencatat 218 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 2,491 kes jangkitan dan 209 kematian akibat coronavirus iaitu jumlah tertinggi di Asia, tidak termasuk China.

Sementara itu, kadar kematian dalam kalangan doktor meningkat sekali ganda berbanding minggu lalu berikutan kekurangan peralatan keselamatan bagi mencegah jangkitan.

Jurucakap Persatuan Doktor Indonesia, Halik Malik, berkata kadar kematian dalam kalangan doktor yang disahkan akibat COVID-19, kini berlipat ganda.

Loading…

“Risiko kakitangan sektor perubatan dijangkiti memang sentiasa ada tetapi pada hakikatnya, mereka patut diberi perlindungan sewajarnya,” katanya.

Advertisement

Pada masa sama, pakar perubatan berpendapat kadar kematian tinggi berbanding nisbah kes jangkitan yang disahkan menunjukkan penularan wabak itu lebih besar berbanding laporan rasmi di negara berpenduduk keempat paling ramai di dunia itu.

Malah, agensi perisikan Indonesia mendedahkan minggu lalu bahawa pandemik coronavirus dijangka memuncak dalam tempoh tiga bulan seterusnya dan melepasi 100,000 kes menjelang Julai ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, memberitahu mesyuarat Kabinet hari bahawa pakaian keselamatan diri (PPE) sudah diedarkan ke seluruh Indonesia dan meminta pegawai serantau memantau penghantarannya ke hospital.

Pekerja perubatan Indonesia menghadapi masalah kekurangan PPE sehingga ada doktor terpaksa menggunakan baju hujan atau membawa topeng muka sendiri bagi melindungi diri daripada coronavirus.

Kekurangan katil hospital, kakitangan perubatan dan kemudahan unit rawatan rapi (ICU) menimbulkan kebimbangan krisis COVID-19 akan melumpuhkan institusi perubatan Indonesia.

hari ini, Ketua pasukan bertindak coronavirus Indonesia, Doni Monardo, memberitahu parlimen bahawa sekurang-kurangnya 10 wilayah di republik itu termasuk Maluku dan Papua, kekurangan kemudahan COVID-19.

Advertisement

Beberapa minggu lalu, Indonesia mengubah suai sebuah bekas kem tahanan pelarian era perang Vietnam di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pesisir Sumatera dan bekas perkampungan sukan menjadi pusat rawatan coronavirus. – AGENSI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel