Connect with us

Pilihan Editor

Imam Makkah cakap Melayu, doakan Malaysia selamat dari Covid-19

Imam dari Masjid Abbad, Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.

Beliau yang sering menjadi imam jemputan pada bulan Ramadan di Malaysia sempat memberikan ucapan dalam dalam Bahasa Melayu walaupun kurang fasih.

Menurut Mohammad Sharif, beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di Malaysia yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat di negara ini.

“Mereka minta imam (saya) doa untuk Malaysia, Allah selamatkan kita daripada bala wabak koronavirus. Mohon dengar dan kongsi video ini,” katanya.

Loading…

Pada penghujung video berdurasi empat minit itu, beliau memberikan beberapa amalan dan zikir harian serta surah al-Quran untuk diamalkan sebagai pelindung daripada wabak.

Advertisement

Video tersebut yang dikongsi di laman Facebook Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan telahmenerima lebih 10,000 perkongsian dan 13,000 tanda suka.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel