Connect with us

Berita Lain

Wanita Perancis berusia 106 tahun sembuh dari Covid-19

Seorang wanita berusia 106 tahun di Perancis yang dijangkiti Covid-19 berjaya sembuh, lapor agensi berita Sputnik, memetik media negara itu.

Menurut akhbar Parisien, Helene Lefevre, yang juga penghuni rumah jagaan orang tua di Yvelines disahkan dijangkiti Covid-19 pada 15 April lalu.

Beliau tidak memerlukan rawatan di hospital dan hanya dikuarantin di biliknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Loading…

Sehingga kini, lebih 3.3 juta orang di seluruh dunia sudah dijangkiti, dengan lebih 237,000 kematian, menurut Johns Hopkins University.

Advertisement

Perancis mengesahkan 167,303 kes setakat ini, dengan korban seramai 24,628 manakala 51,124 pesakit pulih.

Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel