Connect with us

Mahkamah

Nurul Hidayah, suami didenda RM800 kerana ingkar PKP

Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Majistret Shahwira Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Nurul Hidayah dan suaminya didakwa kerana melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Loading…

Pada 20 April lalu, Nurul Hidayah, 41, memuat naik gambar di Instagram miliknya ketika dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.

Perkara itu mendapat kecaman netizen yang mendakwa beliau dan suaminya melanggar PKP kerana keluar berdua dan seolah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai anak tokoh politik untuk berbuat demikian.

Advertisement

Sumber: BH Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel