Connect with us

Terkini

Pasar Borong Selayang kini milik warga tempatan

Dewan Perniagaan Minoriti (DPM) menyambut baik keputusan drastik Kementerian Wilayah Persekutuan membebaskan Pasar Borong Selayang dari genggaman warga asing dan mengutamakan warga tempatan.

Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Zulkifli Abdul Fattah, Menteri, Tan Sri Annuar Musa berjaya menyelesaikan isu lambakan pekerja asing di pasar berkenaan yang berlarutan sejak 20 tahun lalu.

Katanya, berikutan tindakan itu ramai majikan mula mengiklankan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan mendapat sambutan menggalakkan dari warganegara yang menganggur, termasuk gelandangan.

“Kami merakamkan penghargaan kepada Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat.


Loading…

“Dari maklumat yang kami terima, iklan tersebut mendapat sambutan dan membuktikan rakyat tempatan tidak memilih pekerjaan kerana peluang pekerjaan mereka sebenarnya telah dirampas oleh warga asing.

“Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar borong itu berjaya memonopoli kawasan tersebut dalam jangka masa singkat. Ini berpunca pemegang lesen mencari jalan mudah menyewakan lot kedai kepada warga asing dan mengaut keuntungan ‘atas angin’,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Advertisement

Ahad lalu, Annuar dilaporkan berkata, kementeriannya mahu pengambilan pekerja asing di pasar borong seluruh negara dihentikan segera susulan laporan terdapat lebih 1,000 bekerja di Pasar Borong Selayang ketika ini.

Katanya, beliau sendiri tidak menjangka perkara itu berlaku selepas kawasan di sekitar pasar borong itu, yang majoriti dihuni oleh warga asing, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19.

Jelas Mohd Zulkifli, pihaknya juga mendapati ‘gangster’ yang ‘menjaga’ kawasan pasar itu mengutip wang perlindungan daripada warga asing untuk memastikan keselamatan mereka daripada warga tempatan dan pegawai kerajaan.

Ini ujarnya, menambahkan lagi pengaruh dan kuasa warga asing dan menjadikan mereka ‘untouchable’ di kawasan Pasar Borong Selayang.

“Kesannya, seluruh kawasan pasar borong itu dan sekitarnya menjadi penempatan warga asing dan ini semua berlaku disebabkan rasuah.

“Jika warga asing boleh berniaga, berkuasa dan membuka penempatan sendiri di kawasan ini, punca utamanya pasti ada kebenaran dari pihak tertentu.

Advertisement

“Kami ada membuat tinjauan dan mendapati kebanyakan warga asing di kawasan ini adalah pemegang kad UNHCR, selain Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati),” katanya.

Katanya, DPM berharap inisiatif yang dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL ini akan dituruti dengan penguatkuasaan yang gigih. – MalaysiaGazette

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel