PM cecah usia 73 tahun, rakyat mula banjiri ucapan ‘birthday’

0
1092

Sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu.

Kehadiran figura yang disenangi ramai itu dikatakan tepat pada masanya ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama wabak Covid-19.


Loading…

Terbaru, segelintir rakyat telah mula memberikan dedikasi istimewa buat pemimpin yang berasal dari Muar, Johor itu sempena ulangtahun kelahiran ke-73 yang jatuh pada 15 Mei 2020.

Allah selamatkan kamu!

Menerusi beberapa group peminat dan pengikutnya di laman Facebook, rata-rata mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir dan berharap beliau akan terus memimpin Malaysia dengan cemerlang.

“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt agar terus memimpin negara Malaysia dengan penuh cemerlang & terbilang!,” tulis Huzry Fionnawatty Hussien.

Jom sama-sama ‘wish’!

Beberapa individu lain turut mendoakan supaya Muhyiddin terus panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mentadbir negara.

Rakyat sayang PM!

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...