Connect with us

Terkini

Kedai gunting rambut, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria dibuka semula dengan SOP ketat

Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, waktu operasi pasar-pasar ini juga turut telah ditetapkan mengikut SOP yang telah dipersetujui oleh pihak MKN dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Loading…

“Waktu operasi yang kita benarkan bagi pasar pagi dan pasar terbuka adalah 6 pagi hingga 11 pagi. Pasar malam 4 petang hingga 10 malam dan bazaria 5 petang hingga 11 malam”, ujarnya.

MKN benarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria beroperasi mulai 15 Jun – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/CQxHm1omwk

— BERNAMA (@bernamadotcom) June 6, 2020

Advertisement

“Antara SOP yang telah pun kita sama-sama persetujui adalah jarak sosial di antara gerai ke gerai telah pun ditetapkan diantara 1.5 meter hingga 2 meter dan di lokasi terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk.

“Untuk keluar masuk, hanya menggunakan satu jalan masuk dan satu jalan keluar. Maknanya secara one way. Masuk daripada pintu masuk dan bila sampai ke hujung tidak boleh berpusing-pusing.

“Mesti masuk sehala dan keluar. Suhu badan akan diperiksa di pintu masuk, hand sanitizer perlu digunakan, digalakkan penggunaan topeng muka dan peniaga-peniaga yang menjual barang makanan dan sebagainya tidak boleh menyediakan meja dan tempat makan tetapi hanya boleh take away sahaja”, ujarnya.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa peniaga-peniaga yang akan memulakan perniagaan boleh merujuk SOP tersebut di website DBKL serta MKN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tambahnya lagi, kebenaran membenarkan pasar-pasar ini beroperasi juga termaktub kepada pasar-pasar di seluruh negara.

Advertisement

“Walaupun ianya merupakan SOP yang dikeluarkan oleh DBKL/Kementerian Wilayah Persekutuan tetapi SOP ini adalah juga untuk kegunaan pasar malam, pasar pagi dan lain-lain di seluruh negara.

Bermakna mulai 15 Jun, kebenaran ini bukan setakat untuk pembukaan pasar malam, pasar pagi dan sebagainya di seluruh wilayah, tetapi kita membenarkan pembukaan pasar-pasar malam, pagi dan sebagainya di seluruh negara dengan SOP yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh DBKL tadi berdasarkan penyesuaian tertentu”, katanya.

Menurutnya lagi, semua peniaga dan pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera

Peniaga, pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/X9Ul81PA8e

— BERNAMA (@bernamadotcom) June 6, 2020

Bernama turut melaporkan perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

Advertisement

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini susulan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM13.5 bilion setahun.

“Sektor ini juga melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.

Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk guntingan dan cucian rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, merias dan merawat kuku serta cucian dan rawatan muka, katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini.

Sumber: Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel