“Saya akan sangat tua pada masa itu” – Tun Mahathir

 653 total views,  1 views today

Sekiranya pilihan raya mengejut diadakan, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dan penyokongnya mungkin bertanding di bawah parti politik baru.

Pemimpin berusia 95 tahun itu juga berkata beliau akan tetap berkempen tetapi membayangkan tidak memainkan peranan utama.


Loading…

Beliau berkata demikian semasa wawancara video baru-baru ini bersama laman web berita perniagaan yang berpangkalan di Hong Kong, Investvine.

Terdahulu beliau ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya umum mengejut di tengah-tengah iklim politik yang tidak stabil sekarang.

“Saya akan sangat tua pada masa itu. Saya mungkin akan berada ‘di tepi-tepi’ saja, menolong orang lain, menolong parti saya sendiri untuk bertanding dan semoga (kami) dapat memperoleh beberapa kerusi.

“Tetapi parti saya sendiri (Bersatu) kini terbahagi kepada dua – satu bahagian bersama kerajaan dan satu bahagian lagi berpihak kepada saya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan saya tidak dapat bertanding atas nama parti itu.

“Jadi kami berhadapan dengan kemungkinan perlu bertanding dengan nama parti yang berbeza, mungkin parti baru. Jadi keadaan pada masa ini sangat tidak menentu,” jawabnya seperti dilapor Malaysiakini.