Connect with us

Mahkamah

Tukang Perabot didakwa bunuh bekas Isteri

JOHOR BAHRU, 22 Julai – Seorang tukang perabot dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bekas isterinya, Rabu lepas.

Tertuduh, Oh King Zee, 33, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom, namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Oh yang mempunyai dua anak didakwa membunuh Goh Jing Pei, 27, di Taman Ehsan Jaya, di sini, pada kira-kira pukul 6.00 pagi, 15 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh diwakili peguam Yap Che Kai.

Mahkamah menetapkan 6 Sept depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan perubatan.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel