Connect with us

Mahkamah

Bicara kes Najib libatkan RM27 juta SRC bermula 5 Julai 2021

NNajibPerbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) akan bermula 5 Julai tahun depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan perbicaraan pada bulan Julai iaitu 5 hingga 8; 12 hingga 15 dan 26 hingga 29 Julai selepas pengurusan kes hari ini.


Mahkamah juga menetapkan 11 Ogos untuk pengurusan kes selanjutnya.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib bertindak bagi pihak pendakwaan manakala peguam Nur Syahirah Hanapiah mewakili Najib, 67.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik beliau.

Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen tetapi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 selepas pihak pendakwaan membuat permohonan.

Advertisement

Najib juga dibicarakan atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan dana SRC RM42 juta dan kes itu ditetapkan untuk keputusan esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel