Connect with us

Mahkamah

Kes SRC Najib: Kawalan ketat polis di Kompleks Mahkamah KL

Polis memperketatkan kawalan di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur termasuk dua laluan masuk utama bangunan itu berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan kompleks itu bagi mengawal aliran trafik dan situasi semasa.


Polis dilihat menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan orang ramai yang hadir di luar kawasan pagar mahkamah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Advertisement

Kira-kira 1,000 orang penyokong bekas perdana menteri itu yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkumpul di pekarangan kompleks mahkamah, di Kuala Lumpur, sejak jam 5.45 pagi ini.

Difahamkan sebanyak 20 buah bas digunakan bagi membawa penyokong Najib termasuk dari Pekan dan Chini.

Beberapa pengamal media yang mempunyai pas khas dibenarkan masuk tetapi jumlah wartawan dan jurufoto membuat liputan dihadkan selari dengan SOP Covid-19.

Sehingga 10.30 pagi, keadaan dilihat masih terkawal tanpa sebarang kekecohan dan kejadian tidak diingini.

– Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel